Papan Hitam Cikgu

Langkah pertama mengenal huruf.......

Suatu Ketika Dulu...Guru Disiplin

Mendidik murid dengan tegas namun ada unsur humor.

Friday, 7 December 2012

Posisi Imam dan Makmum

Assalamualaikum......

Posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah....





p/s:..kredit untuk Diari Dr Sepet

Cara-cara Solat yang Betul - Bahagian 1

Assalammualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung....

Saya baru sahaja mendapat pautan yang berguna untuk semua cara-cara merapatkan saf dengan betul dalam solat berjemaah, semoga ia memberi manfaat kepada semua...sila klik di sini...

p/s:...sebarang kesilapan dalam blog tersebut mohon bantuan saudara-saudara, sila tinggalkan komen..terima kasih

Thursday, 6 December 2012

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Assalammualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung.. 
Selamat bertemu......

kepada rakan-rakan guru, saya ada sediakan contoh RPH  untuk dimuat turun yang boleh dijadikan rujukan...sila klik link di sini...

wasalam..

Monday, 3 December 2012

Mafhum Hadith

Maksud Hadith..

Sesiapa yang bersolat Isyak secara berjemaah 
seumpama berqiamul lail sebahagian malam 
dan 
sesiapa yang bersolat isyak dan subuh secara berjemaah seumpama berqiamul lail keseluruhan malam.

(diriwayatkan oleh Abu Daud)

Thursday, 11 October 2012

Pengenalan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung.. 
Selamat bertemu kembali.. 

Post kali ini akan membincangkan secara khusus mengenai Solat Berjemaah, salah satu tajuk yang terkandung dalam mata pelajaran KBSR Pendidikan Islam Tahun 5. 

Pada akhir tajuk ini, apa yang diharapkan murid-murid kita dapat mengamalkan solat berjemaah sebagai ibadat asas dalam kehidupan di samping memahami konsep fardhu 'ain dan fardhu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam. 

Sebagai pengenalan tajuk ini, haruslah kita memahami apakah itu Solat Berjemaah? dan bagaimanakah lafaz niat bagi imam dan juga makmum? bagaimana pula dengan hukumnya? adakah wajib, sunat dan sebagainya? oleh itu marilah sama-sama kita bincangkan satu persatu untuk menjawab persoalan di atas.



Pengertian Solat Berjemaah
Solat Berjemaah merupakan ibadat solat yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh seorang imam dan disertai dengan niat berjemaah.


Lafaz niat Solat Berjemaah
  • Imam - Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat tunai imam kerana Allah Taala.
  • Makmum - Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat tunai makmum kerana Allah Taala.

Hukum Solat Berjemaah
Hukum solat berjemaah adalah berbeza mengikut jenis solat yang didirikan pada waktu-waktu tertentu, iaitu:
  • Fardhu Kifayah - ke atas orang lelaki di sesuatu tempat bagi semua solat fardhu (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak) kecuali Solat Jumaat.
  • Fardhu 'Ain - ke atas setiap lelaki bagi solat Jumaat.
  • Sunat  - bagi solat-solat sunat seperti solat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha dan lain-lain lagi. 
Harapan saya, dengan penerangan di atas sedikit sebanyak boleh membantu para pembaca memahami tentang pengertian dan hukum-hukum Solat Berjemaah. InshaaAllah pada masa akan datang saya akan menambah entry ini dengan info yang lain berkisarkan tajuk yang sama. 

Syukran!





Saturday, 6 October 2012

Awal Kalam

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog....

Selamat datang saya ucapkan.....mudah-mudahan kandungan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua, segala cadangan, teguran atau komen yang membina adalah dialu-alukan..terima kasih dan selamat beramal....